Sunday, 5 June 2011

Islam Agama Sempurna - Dr. Abd Basit Abdul Rahman




Buku ini berasal daripada ceramah al-Imam al-Mufassir al-Allamah Muhammad al-Amin al-Syanqiti yang disampaikan kepada Raja Maghribi semasa beliau berziarah ke Tanah Suci. Hasil daripada isi kandung yang ringkas tetapi padat dengan fakta, ramai para pendengar telah meminta agar dibukukan untuk diperluaskan manfaatnya kepada umat Islam. Al-Imam al-Mufassir juga merupakan pengarang kitab Tafsir Adwa' al-Bayan yang merupakan kitab tafsir yang mentafsirkan ayat al-Quran dengan menggunakan ayat al-Quran sendiri.


Read more: http://www.kedaibuku.biz/Kitab_Islam/Islam_Agama_Sempurna/

Indahnya Hidup Bersyariat - Dato Hj Ismail Kamus


Indahnya Hidup Bersyariat - Dato Hj Ismail Kamus


Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Teknik penyampaian buku ini ringkas dan tepat dalam bentuk carta, jadual dan rajah.
Semua doa, bacaan dan zikir boleh dibaca dan dihafal dengan mudah. Langkah amalan disampaikan mengikut turutan step by step. Media fotografi warna penuh digunakan untuk menunjukkan perkara yang realistik. Buku ini seharusnya menjadi kewajipan untuk dimiliki oleh setiap rumah, pusat sumber, sekolah dan individu.


Read more: http://www.kedaibuku.biz/Kitab_Islam/Indahnya_Hidup_Bersyariat/

Furu Al-Masail - Datuk Abu Hasan Din Al-Hafiz



Furu' Al-Masa'il merupakan sebuah karya terjemahan dari kitab asal yang ditulis oleh ulama' nusantara terkenal Syeikh Daud al-Fathani yang disampaikan dalam bentuk soal jawab menyentuh soal-soal syariat yang merangkumi aspek-aspek ibadat, munakahat, muamalat dan jinayat. Menurut Datuk Hassan Din, penyusun semula buku ini, "saya lebih berminat untuk terus melayari lembaran kitab Furu' Almasa'il setiap kali saya berhadapan dengan masalah fiqah. Akhirnya dengan kehendak Allah jua, terdetik persoalan di hati saya, kenapa kitab yang seindah itu, disimpan hanya untuk menjadi tatapan dan rujukan golongan tertentu sahaja. Alangkah baiknya sekiranya kitab yang bermutu seperti itu dapat dimanfaatkan oleh generasi masa kini. Khazanah ilmu yang terkandung di dalamnya dapat dikongsi dan ditatap bersama. Akhirnya, timbullah keinginan saya untuk menyusun semula kitab tersebut dengan gaya bahasa masa kini untuk memudahkan generasi hari ini membaca dan memahaminya, khususnya bagi mereka yang dahagakan ilmu.


Read more: http://www.kedaibuku.biz/Kitab_Islam/Furu_Al_Masail/